Audit SIRIM Di UPM: Pensijilan Semula Dan Peningkatan Kualiti | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT) cirnet
» BERITA » Audit SIRIM di UPM: Pensijilan Semula dan Peningkatan Kualiti

Audit SIRIM di UPM: Pensijilan Semula dan Peningkatan Kualiti

18 Oktober 2024, UPM – Audit pensijilan semula SIRIM Tech Venture (STV) bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 untuk tahun 2024 telah dijalankan oleh juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. di Universiti Putra Malaysia dari 14 Oktober 2024 hingga 23 Oktober 2024.

Sehubungan dengan itu, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Universiti Putra Malaysia merupakan salah satu jabatan yang telah diaudit. Juruaudit SIRIM yang bertanggungjawab mengaudit CiRNeT adalah Encik Muhamad Hadie Aizzat. Skop audit bagi CiRNeT merangkumi pentadbiran, iCOE, dana amanah, geran industri, dan program latihan. Audit tersebut dijalankan dengan lancar dan efisien.

Tahniah diucapkan kepada seluruh kakitangan CiRNeT UPM atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang sepanjang proses audit ini. Secara keseluruhan, tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) yang ditemui sepanjang audit, dan Encik Hadie Aizzat berpuas hati dengan pengurusan jaminan kualiti yang dilaksanakan di CiRNeT.

Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
X, (05:12:51pm-05:17:51pm, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]