Sebanyak 100 penempatan latihan ditawarkan tahun ini berbanding 40 pada tahun lepas. Sehingga kini, lebih 500 pelajar dan graduan baru dari sembilan negara ASEAN termasuk Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam telah memohon untuk menyertainya.


myASEANinternship 2016 adalah program kerjasama di antara MITI dengan Talent Corporation Malaysia bagi membolehkan pelajar Malaysia yang cemerlang dari universiti tempatan dan luar negara berlatih dengan majikan terkemuka di negara-negara ASEAN.


Latihan amali itu juga dibuka kepada graduan baru yang menamatkan pengajian dalam tempoh enam bulan selain ditawarkan kepada warga ASEAN yang menuntut di negara ini.


Antara majikan yang mengambil bahagian ialah;
1. AirAsia, 
2. Axiata, 
3. Digi, 
4. Maybank, 
5. RHB Bank, 
6. Pricewaterhouse Coopers (PwC),
7. CIMB,
8. BDO,
9. Deloitte,
10. Frost and Sullivan,
11. General Electric (GE),
12. Group M
13. IKEA
14. KFIT
15. KPMG
16. Mondelez International,
17. Nestle,
18. Suruhanjaya Sekuriti,
19. Sime Darby
20. UEM
21. Unilever
22. Zico Law, dan
23. Kementerian Perdangan Antarabangsa & Industri (MITI).
 

Permohonan masih dibuka dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat di laman sesawang Talent Corp Malaysia.