CEO@PTJ | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» INDUSTRI@UPM » CEO@PTJ

CEO@PTJ

Program CEO@PTJ adalah merupakan program yang menghimpunkan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan peneraju industri tempatan dan antarabangsa ke universiti di Malaysia bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan pelajar dan komuniti universiti.

Program ini akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang akan dilantik sebagai CEO@PTJ yang akan memberikan komitmen dan bimbingan kepada pelajar, pensyarah dan penyelidik UPM.

Selain daripada itu, mereka juga akan membantu dalam hal-hal seperti pengembangan kurikulum untuk memastikan kesesuaian pembelajaran dan kriteria adalah mengikut acuan industri.

Program ini dijangka akan merapatkan jurang institusi swasta dan awam sekali gus memperkukuhkan hubungan industri dan academia. Di akhir program ini, Pusat TanggungJawab dikehendaki membuat pelaporan akhir melalui JKJINM.

 Introducing 6 New Professional woman characters with 1100+ animations! -  Video Making and Marketing Blog

OBJEKTIF

  1. Teladan (Role Model) - CEO sebagai ikon kepada pelajar dan mereka dapat meningkatkan prestasi kurikulum sedia ada melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik yang dimiliki CEO berkenaan ke arah membentuk suatu penilaian bersepadu yang baru menerusi pembelajaran holistik;
  2. Penyertaan - Mempergiatkan penglibatan sektor industri untuk menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan tinggi kebangsaan menerusi perkongsian pengalaman dan kepakaran pemimpin industri;
  3. Integrasi - Merealisasikan integrasi dan sinergi di antara pakar dalam industri dengan penyelidik universiti dan pelajar yang sejajar dengan KPI UPM, ‘’memasyarakatkan kepakaran Universiti”;
  4. Pendedahan – Meningkatkan pendedahan industri kepada pelajar pada peringkat awal kemasukan universiti;
  5. Kebolehpasaran - Meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar serta mengurangkan ketidakupayaan pelajar dalam penawaran dan permintaan;
  6. Pelbagai balapan (Multi-track) – program ini mampu menarik, merekrut dan mengekalkan bakat terbaik terutama di kalangan pengamal industri dengan memiliki laluan kerjaya pelbagai balapan;
  7. Quadruple helix - IPT beralih dari akademik yang beroperasi secara berasingan ke akademik heliks ganda empat yang melibatkan IPT, industri, kerajaan dan masyarakat setempat dengan bekerjasama dalam hal berkaitan inkubasi, pemindahan ilmu, pengembangan dan pengkomersialan produk penyelidikan.

 

PENCALONAN / LANTIKAN CEO@PTJ

  1. Setiap fakulti akan mempunyai sekurang kurangnya seorang CEO yang dipilih sendiri oleh pihak PTJ;
  2. CEO@PTJ merupakan nama umum, PTJ boleh menggunakan nama lain yang lebih melambangkan kolaborasi dengan industri. Contoh CEO@Agri, CEO@FoodTech;
  3. Cadangan lantikan CEO adalah sekurang-kurangnya 1 orang CEO yang akan berkolaborasi bersama PTJ atau yang telah dilantik sebagai penasihat Kurikulum , adjung profesor yang terlibat dengan program-program di PTJ.

 

KRITERIA PELANTIKAN CEO@PTJ ADALAH:

  • CEO yang dipilih mestilah sama ada i) Pengerusi @ CEO ii) Timbalan CEO;
  • Bidang yang sama untuk fakulti contoh Sime Darby Plantation bagi Fakulti Pertanian, KPJ bagi Fakulti Perubatan , Sunway Construction untuk Fakulti Kejuruteraan;
  • Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan;
  • Personaliti yang menarik;
  • Mempunyai minat untuk menjadi penghubung/penasihat kepada fakulti;
  • Alumni UPM diberikan keutamaan bagi pemilihan CEO@PTJ;
  • Tempoh lantikan selama 2 tahun dari tarikh lantikan.

 

PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti utama:

  • CEO Talk – sekurang-kurang 1 kali setahun yang dijalankan di fakulti meliputi kerjaya, pengalaman industri, dan lain-lain.

 

Aktiviti lain yang memberikan impak kepada fakulti:

  • Penasihat program akademik kepada fakulti
  • Kebolehpasaran graduan
  • Peluang latihan industri
  • Program Dermawan/ WAZAN
  • Mana-mana program yang memberikan impak kepada fakulti seperti sumbangan peralatan makmal dan menambahbaik aset UPM tanpa melibatkan kepentingan lain.
  • Keterlihatan kepakaran universiti
 

Kemaskini:: 01/07/2022 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdFAA~