PROGRAM #AIRASIA MAKNA 2016 CANCER BENEFIT & CONCERT | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» INDUSTRY NETWORKS ACTIVITY » AIRASIA » PROGRAM #AIRASIA MAKNA 2016 CANCER BENEFIT & CONCERT

PROGRAM #AIRASIA MAKNA 2016 CANCER BENEFIT & CONCERT

Program Airasia-MAKNA ialah program CSR (Corporate Social Responsibility) jangka panjang oleh AirAsia Berhad untuk mendapatkan dana bagi Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Matlamat utama untuk mengumpul dana dan membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan untuk pembiayaan rawatan serta meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam berkaitan kanser. Untuk program tahun 2016, ia telah diadakan di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2016.

 

Hasil hubungan yang rapat diantara AirAsia dan UPM, Pusat Sumber Dan Pendidikan Kanser  (CaRE) UPM melalui Program Pengesanan Awal Kanser @ Putra Bakti telah menyertai program anjuran AirAsia ini. merupakan program berkonsepkan “mobile health unit” atau klinik bergerak telah diperkenalkan dalam negara sejak awal milenium. Melalui program ini, konsep ‘Community Outreach’ (Jangkauan Masyarakat) dapat dilaksanakan terutamanya dalam aspek perkhidmatan pengesanan awal kanser untuk memberi kesedaran dan kemudahan kepada komuniti untuk mendapat akses yang lebih mudah.

Updated:: 17/04/2018

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1193
-
C1574096051