PERLANCARAN LIVERY UPM-AIRASIA | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» INDUSTRY NETWORKS ACTIVITY » AIRASIA » PERLANCARAN LIVERY UPM-AIRASIA

PERLANCARAN LIVERY UPM-AIRASIA

LINK UNTUK VIDEO MAJLIS PERLANCARAN LIVERI UPM-AIRASIA DI SEPANG AIRCRAFT ENGINEERING (SAE)

Sila klick https://www.youtube.com/watch?v=seW5c6lQ3iI

 

Majlis Pelancaran Livery UPM-AirAsia telah diadakan di Sepang Aircraft Engineering, KLIA pada 12 September 2017. Majlis tersebut telah dihadiri oleh;

 

  1. YB Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia;
  2. Tan Sri Tony, Group CEO, AirAsia Berhad;
  3. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM;
  4. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi;
  5. Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad & CEO Kumpulan, AirAsia X;
  6. Professor Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM;
  7. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Presiden Persatuan Alumni UPM;
  8. Pierre Y. Reville, CEO Sepang Aircraft Engineering;
  9. Ahli-ahli Pengurusan UPM

Program Livery ini telah menjadi kenyataan sebagai rentetan daripada program engagement bersama Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad pada 19 April, 2016. Dalam program tersebut, Tan Sri Tony telah mengumumkan UPM sebagai Universiti Rasmi AirAsia. Usaha pasukan rekabentuk livery pesawat bermula pada bulan Julai tahun 2016 apabila Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) UPM telah menganjurkan pertemuan diantara Ahli Pengurusan UPM bersama Pengurusan AirAsia, seterusnya mencapai persetujuan untuk menghasilkan livery UPM pada pesawat AirAsia.

Pengurusan UPM telah meminta Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM, Prof. Madya LAr. Dr Osman Mohd Tahir bersama pensyarah kanan Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Encik Shahrul Azman Shahbudin dan Pereka FRSB, Encik Arizy Valentino Ramu merealisasikan hasrat berkenaan.

Rekaan livery pesawat ini telah menggunakan konsep imej, motif dan warna korporat UPM dari logo rasmi UPM dan digabungkan dengan motif pokok ikonik UPM iaitu pokok Hujan-hujan (Rain Tree) yang menggambarkan kampus hijau UPM nombor satu di Malaysia. Pokok ikonik UPM ini atau nama saintifiknya Entrolobium Cyclocarpum yang ditanam di Taman Pertanian Universiti ini kerap digunakan oleh penggambaran dan iklan televisyen, akhbar dan majalah.

 

Logo UPM dengan moto 'With Knowledge We Serve' and ikon, pokok hutan hujan ini dipaparkan pada pesawat Airbus A320-200 AirAsia dengan nombor pendaftaran 9MAQD.

Tan Sri Tony Fernandes mengatakan bahawa perkhidmatan pesawat itu akan digilirkan antara destinasi penerbangan ke beberapa destinasi Asia bagi memboleh seramai mungkin masyarakat Asia melihatnya. Menurut beliau lagi, kos mereka bentuk dan mengecat logo itu berjumlah kira-kira US$50,000 (lebih kurang RM200,000), dan pada masa hadapan, pihak AirAsia merancang untuk meletakkan gambar kehidupan kampus dan program-program pengajian yang ditawarkan oleh UPM di dinding kabin di dalam pesawat tersebut.

Kerjasama ini menjadikan UPM sebagai universiti pertama yang mempunyai logo tertera pada pesawat AirAsia. Walaupun bukan inisiatif komesial, AirAsia menyediakan platform untuk UPM dalam bidang reka cipta, kreativiti dan projek seni berimpak tinggi. Pesawat itu akan digilirkan antara destinasi penerbangan ke beberapa destinasi Asia bagi memboleh seramai mungkin masyarakat Asia melihatnya dan seterusnya melonjakan nama UPM ke serantau Asia serta menarik minat kepada calon-calon pelajar di serantau Asia untuk melanjutkan pelajaran di UPM.

 

 

Updated:: 17/04/2018

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
C1568950592