CEO TALK; TAN SRI TONY FERNANDES | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» INDUSTRY NETWORKS ACTIVITY » AIRASIA » CEO TALK; TAN SRI TONY FERNANDES

CEO TALK; TAN SRI TONY FERNANDES

Majlis CEO@Faculty Programme; Tan Sri Tony Fernandes yang telah diadakan pada 19 April 2016, jam 9.30 pagi di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Majlis tersebut telah dihadiri lebih 4 ribu orang pelajar dan staf UPM.

 

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cabaran serta laluan kerjaya di industri. Dalam sesi perkongsian itu, Tan Sri Tony Fernandes menceritakan pengalaman beliau menubuhkan AirAsia serta  menegaskan kepada pelajar UPM agar tidak gentar dengan kegagalan kerana ia adalah sebahagian daripada pengalaman hidup serta sebagai ‘senjata’ untuk persiapan masa depan yang cemerlang. Beliau turut memberikan beberapa amalan pengurusan untuk berjaya dalam memimpin sesebuah organisasi di jangka masa yang panjang.

 

Beliau menegaskan bahawa  seorang ketua harus memahami tugasan staf serta budaya kerja penting dalam sesebuah organisasi. Beliau juga menegaskan bahawa ketelusan sebagai kunci kejayaan sesebuah organisasi dimana beliau sendiri masih ‘turun padang’ untuk memahami permasalahan dan keperluan staf di AirAisa. Selain itu, seseorang perlu menjiwai kerjaya yang dilakukan kerana ia akan meningkatkan lagi produktiviti serta memberi idea dalam mempertingkatkan lagi kualiti kerja. Beliau juga mengatakan bahawa penjenamaan dan pemasaran syarikat anda adalah ‘kuasa’ untuk membina inovasi baharu.

Updated:: 17/04/2018

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1193
-
C1574097049