(1) Industri yang bersesuaian dengan program akademik yang ditawarkan di UPM;
(2) Industri yang boleh memberi manfaat kepada UPM (dari aspek modal insan, penyelidikan dan pengembangan) dan manfaat kepada Negara dan masyarakat;
(3) Industri yang tidak melibatkan tanggungan kewangan atau kemudaratan kepada UPM bagi setiap kerjasama yang dijalankan. Penglibatan UPM hanya dari aspek kepakaran, kemudahan dan pelajar;
(4) Industri yang sah dari segi undang-undang. UPM tidak boleh disabitkan dengan apa-apa kesalahan peraturan atau undang-undang yang dilakukan oleh pihak industri melalui kerjasama yang dijalankan;
(5) Industri yang tidak melibatkan kepentingan mana-mana pertubuhan politik, suku kaum tertentu, pertubuhan haram dan pelampau agama.
Kemaskini:: 03/05/2017
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan