LATIHAN INDUSTRI @DAGAM FARM, KOREA | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI
» LATIHAN INDUSTRI » LUAR NEGARA » LATIHAN INDUSTRI @DAGAM FARM, KOREA

LATIHAN INDUSTRI @DAGAM FARM, KOREA

 

PENGALAMAN UNIK LATIHAN INDUSTRI BERSAMA DAGAM FARM, KOREA

Program bersama Dagam Farm, Korea Selatan ini telah bermula sejak tahun 2014. Pada 12 April 2017, UPM telah menandatangani MoU bersama Dagam Farm mewujudkan program ini secara rami dan telah bersetuju untuk menempatkan pelajar-pelajar UPM di ladang ini selama 3 bulan setiap tahun. 



Dagam Farm terletak di Changwon, Korea Selatan iaitu lebih kurang 30km dari bandaraya Busan dan telah ditubuhkan pada tahun 1936. Produk utama ladang ini adalah pengeluaran buah Pisang kaki (Persimmons) dengan skala besar dan teknologi tinggi. Selain daripada itu, ladang ini juga menghasilkan padi, buah strawberi, kentang, tembikai, plum dan sayur-sayuran serta produk-produk hiliran.

Selain daripada pengeluaran hasil pertanian, ladang ini cukup popular dikalangan pelancong dari dalam dan luar Korea sebagai pusat bagi pendidikan pertanian yang menggunakan konsep Agro-Pendidikan-Pelancongan (Agro-EduTourism). 



Melalui MoU ini, Dagam Farm akan menerima pelajar-pelajar UPM daripada bidang; (1) Pertanian, 



(2) Perhutanan, 



(3) Kejuruteraan, 



(4) Alam Sekitar, 



(5) lain-lain bidang yang sesuai untuk menjalani Latihan Industri bersama mereka.

Pelajar-pelajar ini akan disediakan tempat tinggal serta menerima elaun bulanan sebagai sara hidup sepanjang mereka berada di Korea. 



Pelajar-pelajar yang berminat untuk mengalami pengalaman menjalani Latihan Industri bersama Dagam Farm boleh menghubungi CiRNeT untuk maklumat lanjut.

 

 


Kemaskini:: 03/05/2017

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
B1566604917