LUAR NEGARA | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI
» LATIHAN INDUSTRI » LUAR NEGARA

LUAR NEGARA

Bagi meningkatkan reputasi akademik UPM di peringkat antarabangsa, pelajar-pelajar UPM telah digalakkan untuk mengikuti Latihan Industri di Luar Negara. Melalui program ini, pelajar telah diberi peluang untuk meluaskan pengalaman, pembelajaran, mempelajari budaya kerja dan nilai-nilai murni industri dan mewujudkan jaringan dengan industri di luar negara. 



Antara objektif program ini adalah :


(a) memperkasakan aktiviti MoU/MoA yang telah ditandatangani oleh UPM dan industri luar negara



(b) mempertingkatkan penampakan UPM di persada antarabangsa 



(c) memperluaskan pengalaman pendidikan bagi pelajar UPM






(d) Menggalakkan knowledge transfer dan mempelajari best practice dari luar negara dalam bidang berkaitan, dan

(e) melatih pelajar sebagai duta kecil UPM dan Malaysia.

Kemaskini:: 03/05/2017

PERKONGSIAN MEDIA

B1566604905