HUAWEI DAN KPT PILIH PELAJAR FSKTM UPM SERTAI SEEDS FOR THE FUTURE 2016 DI CHINA | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » HUAWEI DAN KPT PILIH PELAJAR FSKTM UPM SERTAI SEEDS FOR THE FUTURE 2016 DI CHINA

HUAWEI DAN KPT PILIH PELAJAR FSKTM UPM SERTAI SEEDS FOR THE FUTURE 2016 DI CHINA


SERDANG 19 JULAI 2016 - Pelajar Program Bacelor Sains Komputer, UPM, Mohamad Arsat bin Mohamed Ali Renga telah terpilih untuk menyertai Huawei Seeds for The Future Programme 2016. Program ini akan diadakan pada 12 hingga 29 September 2016 di ibu pejabat syarikat Huawei di Shanzen, China.

Penganjuran program kerjasama kali ke-3 diantara Huawei dan Kementerian pengajian Tinggi  ini merupakan program flagship CSR Huawei dalam membangunkan bakat ICT di dalam negara, pemindahan ilmu, mempertingkatkan pemahaman dan minat pelajar dalam bidang ICT. Pihak Huawei menawarkan lawatan belajar ke China selama 2 minggu dan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. 

Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membina kemahiran bersama syarikat utama dunia dalam bidang IT. Pelajar juga akan memperolehi pengalaman untuk menjalani latihan bersama syarikat antarabangsa.

Program ini diadakan untuk merapatkan jurang diantara pelajar IT daripada universiti-universiti diseluruh dunia dengan pengalaman, ilmu dan kamiharan sebenar di tempat kerja berkaitan IT. Ia mengabungkan hands-on training dan peluang menimba ilmu daripada personel IT yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi di Huawei.

Mohamad Arsat terpilih setelah menjalani pemilihan dan temuduga yang telah dijalankan pada 25 Mei 2016 di Malaysian Global Training Center, Huawei Technologies (M) Sdn. Bhd., Cuberjaya. Beliau akan menyertai pelajar-pelajar dari universiti awam dan swasta Malaysia lain yang turut terpilih menyertai program ini.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | syam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXDdMAh~