PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR @ SG. MENYALA, PORT DICKSON
Sekolah-sekolah Rendah di Port Dickson telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam program 2 hari di Pusat EcoEdutourism, Sg Menyala, Port Dickson pada 14-15 November 2017.
Seramai 42 pelajar dan 4 orang guru telah mengambil bahagian dan menyelesaikan semua modul semasa program tersebut.
Beberapa modul seperti rain, rain go away, nature hunt, eco detective dan water catchment benar-benar menarik dan dinikmati oleh semua peserta. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif CSR oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dilaksanakan dengan kerjasama dari jabatan perhutanan dan pendidikan negeri.
Tarikh Input: 16/11/2017 | Kemaskini: 16/11/2017 | syam
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA