CiRNeT UPM MENYUMBANG SARANAN DALAM PROJEK BAMBOO CITY NEGERI SEMBILAN | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» ARTICLE » CiRNeT UPM MENYUMBANG SARANAN DALAM PROJEK BAMBOO CITY NEGERI SEMBILAN

CiRNeT UPM MENYUMBANG SARANAN DALAM PROJEK BAMBOO CITY NEGERI SEMBILAN

26 Januari 2018 - CiRNeT bersama pensyarah daripada Jabatan Rekreasi dan Ekoperlancongan, Fakulti Perhutanan UPM telah mengadakan perbincangan dan lawatan tapak bersama Jabatan Hutan NS.

Lawatan ini khusus untuk membincangkan potensi tapak projek Bamboo City di daerah Kuala Pilah. Selain itu, perbincangan juga berkisar kepada latihan kakitangan dan komuniti setempat untuk in-house guide di kawasan hutan lipur dan taman negeri di NS.

Lawatan tersebut diteruskan dengan mengadakan Inventori Tarikan Pelancongan Kuala Pilah. Penilaian awal ini dibuat dengan pembiayaan oleh Global Innovation & Entrepreneurship Foundation. Lawatan ke beberapa kawasan baharu seperti Pusat Kraftangan, Istana Seri Menanti, Laman Warisan Alam, Laman Ejo dan lain-lain sebagai tarikan sokongan kepada Bamboo City.

 

Date of Input: 15/02/2018 | Updated: 15/02/2018 | syam

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1193
-
C1574098968