UPM TERIMA 4 ORANG CEO TERBAIK MALAYSIA | Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
» NEWS » UPM TERIMA 4 ORANG CEO TERBAIK MALAYSIA

UPM TERIMA 4 ORANG CEO TERBAIK MALAYSIA


Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang sebagai  Kementerian Pengajian Tinggi) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [(PPPM (PT)] pada 7 April 2015 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.


Berdasarkan pelan tersebut, penglibatan industri adalah penting bagi meningkatkan atribut pelajar dalam melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, holistik dan seimbang. Justeru, bagi menyokong lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, KPM telah melancarkan CEO Faculty Programme (CFP) bagi membangunkan graduan yang seimbang dari segi akhlak dan ilmu dengan meningkatkan minda berpandukan nilai dan keusahawanan.


Pewujudan CFP ini juga adalah berlandaskan kepada Fasa 1 PPPM (PT) iaitu Membina Momentum Dan Meletakkan Asas, yang dijajarkan pelaksanaaannya pada tahun 2015. Perlaksanaan program ini bagi mendukung pelaksanaan kedua-dua pelan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas menengah) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu “melancarkan program pemimpin industri/pengarah urusan syarikat atau kepimpinan kanan sektor awam untuk pengajaran dan pembelajaran IPT”.


Melalui program ini, kerjasama industri akan dilibatkan melalui program pembelajaran melalui pengalaman, berserta kerangka penilaian bersepadu baharu yang melihat ke arah pembangunan holistik. CEO yang terlibat akan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi membentuk serta membimbing pelajar-pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.


Pelaksanaan CFP adalah selama dua tahun dan telah bermula secara rasmi pada Semester 1 Sesi 2015-2016 (September 2015) dan berakhir pada Semester 2 Sesi 2016-2017.


Pada tahun 2015, UPM telah menjemput Dr. Richard Parker, Pengarah Penyelidikan & Teknologi, Kumpulan Rolls-Royce. Program tersebut telah diadakan pada 3 September 2015, di Dewan Jurutera, Fakulti Kejuruteraan UPM. Seramai 681 orang telah hadir yang terdiri daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia, wakil daripada Universiti-universiti Awam, Pegawai-pegawai Kanan UPM, wakil daripada industri serta pelajar-pelajar baharu dan pelajar pasca siswazah program Kejuruteraan UPM.


Pada tahun 2016 pula , KPM telah melantik 4 orang CEO serta Pegawai Kanan Kerajaan untuk berkolaborasi bersama UPM, pada Majlis Apresiasi & Penyampaian Watikah Pelantikan, CEO@Faculty Programme, anjuran Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Mac 2016 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Selain daripada menyerahkan Watikah Perlantikan untuk tahun 2016, majlis tersebut juga adalah sebagai penghargaan kepada semua CEO yang telah menyumbang tenaga, komitmen serta idea mereka sepanjang tahun 2015 bersama-sama Universiti-universiti yang berkenaan.


Pada majlis tersebut, UPM telah menerima pelantikan CEO-CEO untuk tahun 2016/2017 seperti berikut;

  1. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi & Multimedia.
  2. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh, President & Group Chief Executive, Sime Darby Berhad
  3. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Toni Fernandes, Group CEO, AirAsia Berhad
  4. Encik Fahmy Ismail, CEO, Boustead Plantation Berhad


Diantara tugas CEO yang telah dilantik untuk CEO@Faculty Programme adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dunia korporat bersama Staf UPM. Selain daripada itu juga, mereka akan bersama pelajar-pelajar UPM bagi membentuk serta membimbing mereka untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan serta pembangunan sahsiah secara holistik.

 


Date of Input: | Updated: | syam

MEDIA SHARING

Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEaKAX~