MESYUARAT BERSAMA PEOPLE & CULTURE DEPT, AIRASIA | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» NEWS » MESYUARAT BERSAMA PEOPLE & CULTURE DEPT, AIRASIA

MESYUARAT BERSAMA PEOPLE & CULTURE DEPT, AIRASIA

Satu pertemuan telah diaturkan bersama People and Culture Department, AirAsia pada 16 Ogos 2017 di RedQ, AirAsia, KLIA2. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh;

  1. Encik Husal Shah Rizal, Timbalan Pengarah Pusat Alumni UPM
  2. Encik Fahmi Azar Mistar, Ketua Bahagian, CossComm UPM
  3. Encik Hisyamuddin Hashim, Ketua Penolong Pendaftar, CiRNeT

Perbincangan tersebut adalah untuk menjalankan Program TRACE @AIRASIA yang akan dianjurkan oleh Pusat Alumni UPM serta Majlis Pelancaran Livery UPM-AirAsia yang akan dianjurkan oleh Pejabat Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat UPM.

Selain daripada itu, lawatan kepada pelajar-pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri dibawah High Flyers Program juga diadakan. Seramai 5 orang pelajar UPM iaitu 3 orang daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan 2 orang daripada Fakulti Kejuruteraan UPM sedang menjalani Latihan Industri selama 3 bulan di AirAsia.

Updated:: 17/08/2017 [syam]

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
C1506054367