29 September 2016 - YBhg. Dato' Seri Datin Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat YBhg. Datin Paduka Prof. Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.Lawatan kerja ini adalah sebahagian daripada program yang telah dirancangkan dibawah CEO@Faculty Programme.Semasa lawatan tersebut, beliau dan Datin Paduka Naib Canselor telah bertukar-tukar pendapat serta pandangan terhadap pembangunan pelajar secara keseluruhan.Turut hadir adalah YBhg. Prof. Ir. Dr-Ing Ranuganth Varatharajo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM serta Prof. Madya Dr. Azlizam Aziz, Pengarah, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri.
Date of Input: |
Updated: | amir_peli
MEDIA SHARING