KORIDOR UTARA LAWAT CiRNeT | Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
» NEWS » KORIDOR UTARA LAWAT CiRNeT

KORIDOR UTARA LAWAT CiRNeT


SERDANG, 24 JUN 2016 - Pegawai daripada Northen Corridor Implementation Authority (Koridor Utara) telah membuat kunjungan ke CiRNeT bagi menghadiri mesyuarat yang membincangkan tentang penganjuran program Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Semulajadi Tahap 1 (SETEMPAT). Program ini dicadangkan untuk diadakan pada 1 hingga 15 Ogos 2016 bertempat di Langkawi.

Koridor Utara telah dihadiri oleh Encik Muhammad Zaki Mohd. Saman, Pengarah Bahagian Perlancongan serta Cik Arina Kamil, Eksekutif Bahagian Perlancongan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Azlizam Aziz, Pengarah CiRNeT. Sementara itu, Prof. Madya Dr. Manohar Mariapan dan Dr. Shazali Johari telah mewakili Fakulti Perhutanan.

Penganjuran kursus ini adalah untuk;

1) Prasyarat untuk memohon lesen pemandu pelancong alam semulajadi.
2) melatih dan memberi pengetahuan berkaitan kerjaya pemandu pelancong.
3) melatih dan memberi pengetahuan berkaitan kepentingan flora dan fauna serta ekosistem alam semulajadi.
4) meningkat minat serta membuka peluang kerjaya kepada penduduk setempat.
5) menigkatkan mutu perkhidmatan serta kecekapan pemandu pelancong alam semulajadi.

Kursus ini akan dijalankan bersama Koperasi Pembangunan Ayer Hangat Langkawi Berhad (KPAHLB).


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEYIAy~