GENTING PLANTATION SERAH BIASISWA ENDOWNMENT YAYASAN TAN SRI DR. LIM GOH TONG | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» NEWS » GENTING PLANTATION SERAH BIASISWA ENDOWNMENT YAYASAN TAN SRI DR. LIM GOH TONG

GENTING PLANTATION SERAH BIASISWA ENDOWNMENT YAYASAN TAN SRI DR. LIM GOH TONG


Pelajar Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian UPM, Mohd. Jefri bin Ahmad Nazri  telah menerima Biasiswa Endownmwent Yayasan Tan Sri Dr. Lim Goh Tong untuk tahun 2016.

Simbolik penyerahan biasiswa tersebut telah diadakan semasa Majlis Minum Petang Apresiasi Industri-Komuniti (Industry and Community Appreciation Hi-tea 2016) yang telah diadakan di  L'Apprenti Cafe@Golf Club, UPM pada 14 April 2016 yang lalu.

Pada majlis tersebut, Encik Yong Chee Kong, President & COO Genting Plantations Berhad telah menyerahkan biasiswa tersebut dengan disaksikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM serta YBhg. Prof. Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM.

Biasiswa ini diwujudkan apabila satu MoA telah ditandatangani pada tahun 2008 bagi memperkasakan sektor pertanian di Malaysia. MoA ini membolehkan UPM menerima endownment bernilai RM 1 juta membiayai biasiswa kepada pelajar, program-program penyelidikan serta aktiviti pelajar. Sehingga kini, seramai 9 orang pelajar UPM telah menerima biasiswa tersebut.



Updated:: [syam]

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
C1511211873