DAGAM FARM, KOREA TERIMA PELAJAR UPM UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» NEWS » DAGAM FARM, KOREA TERIMA PELAJAR UPM UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

DAGAM FARM, KOREA TERIMA PELAJAR UPM UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI


Dagam Farm yang terletak di 51-17, Jinsan-Daero, Beon-gil, Daesan-Myeon, Uichang-gu, Changwon-Si, Gyeongsangnam-do, Republic of Korea telah ditubuhkan pada tahun 1936. Hasil utama ladang ini adalah pengeluaran hasil iaitu buah Kesemek atau dikenali sebagai buah Pisang Kaki (Persimmon) dengan skala besar dan teknologi tinggi. Selain daripada itu, ladang ini juga mengeluarkan hasil-hasil lain seperti padi, buah strawberi, kentang, tembikai, plum dan sayur-sayuran serta produk-produk sampingan.

Selain daripada pengeluaran hasil pertanian, ladang ini cukup popular dikalangan pelancong dari dalam dan luar Korea sebagai pusat bagi pendidikan pertanian yang menggunakan konsep Agro-Pendidikan-Perlancongan (Agro-EduTourism).

Program Latihan Industri di Dagam Farm telah bermula pada tahun 2013, iaitu seramai 15 orang pelajar daripada Fakulti Pertanian telah menjalani Latihan Industri di sana. 

 

    TAHUN   

     BILANGAN    
  PELAJAR

   TEMPOH   

2013

4


3 bulan
 

2014

6


6 bulan
 

2015

5


3 bulan
 

 

Pemergian pelajar ke Dagam Farm adalah melalui usaha pelajar sendiri dan tidak mendapat bantuan kewangan daripada UPM. Pelajar-pelajar ini menjalani Latihan Industri bermula daripada bulan September hingga Mac semasa musim luruh dan musim sejuk di Korea. 

 

Berdasarkan maklumbalas yang positif daripada Dagam Farm terhadap prestasi pelajar-pelajar kita yang menjalani Latihan Industri di sana, delegasi daripada Dagam Farm yang diketuai oleh Mr. Kang Changguk  Pengerusi Dagam Farm sendiri telah datang ke Cirnet UPM untuk mengadakan perbincangan. 

 Dagam Farm bersetuju untuk menerima seramai 20 orang pelajar setiap tahun daripada bidang berikut;

 

  • Pertanian (Maintenance horticulture innovation);
  • Perhutanan (Innovations in tree productions and field installations);
  • Kejuruteraan (Building and recycling technologies);
  • Alam Sekitar (Waste water/ solid wastes recycling).


Updated:: [syam]

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
C1511211512