CiRNeT TERIMA KUNJUNGAN HITACHI JEPUN | Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
» NEWS » CiRNeT TERIMA KUNJUNGAN HITACHI JEPUN

CiRNeT TERIMA KUNJUNGAN HITACHI JEPUN


SERDANG - CiRNeT telah menerima kunjungan deligasi daripada Hitachi (Japan) Limited pada 16 Jun 2016. Deligasi tersebut terdiri daripada Mr. Takoa Kuboniwa, General Manager, Radiation Oncology System Division serta Mrs. Chinaru Suzuki, Project Coordinator, Particle Therapy System Marketing & Sales Department. Mereka juga turut disertai oleh wakil daripada Hitachi (Malaysia) Sdn Bhd iaitu Mr. Shinichi Sakai, Group Managing Director serta Mr. Chew Huat Seng, General Manager, Social Innovation Business Sales & Marketing Group.

Menerima kunjungan mereka adalah Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM, Prof. Dato' Dr. Abd. Jalil Nordin; serta pegawai-pegawai daripada Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) UPM.


Secara umum, perbincangan adalah berkisar kepada bertukar-tukar pendapat berkenaan peralatan berteknologi tinggi yang dibangunkan oleh Hitachi Japan iaitu Proton Beam Therapy, satu kaedah terbaharu untuk merawat penyakit kanser. Kaedah rawatan alat terapi kanser  itu adalah lebih berkesan berbanding kaedah konvensional yang digunakan pada masa kini.

Kaedah ini boleh dika­tegorikan sebagai rawatan radiasi mesra pesakit iaitu tidak menimbulkan rasa kurang selesa kepada penghidap kanser berbanding kaedah kemoterapi yang menggunakan partikel tenaga berimpak tinggi. Proton Beam Therapy bersifat lebih ringan, fokus pada sel kanser dan masa yang diperlukan untuk me­lakukan terapi juga lebih cepat. Walau bagaimana pun, selain daripada harga peralatan itu sendiri yang tinggi, kos untuk membangun fasiliti serta menyelanggara peralatan juga amat tinggi.


 



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEQNAx~