| PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)

Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) adalah salah satu entiti di bawah bidang kuasa Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat). Bersama dengan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) di UPM, CiRNeT menjadi pemudahcara kepada proses penghubung dalam usaha untuk mempergiat kerjasama strategik bersama industri. Jalinan tersebut membuka peluang serta nilai tambah bagi pelaksanaan program berikut:

  • Pembangunan pelajar dan staf
  • Latihan industri pelajar dan staf
  • Ceramah/peluang kerjaya
  • Geran penyelidikan dan pembangunan
  • Kerja perundingan
  • Projek penyelidikan kontrak
  • dan lain-lain yang memberi nilai tambah kepada kerjasama UPM dan industri.

 

 
Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) berperanan untuk mempertingkat dan menyelaras jalinan kerjasama UPM dengan pihak Industri dalam usaha memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pengembangan dan perkhidmatan yang menjadi teras kepada motto ‘BERILMU BERBAKTI’.

 

Kepada pelanggan yang dihargai,

UPM komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Sila beri maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan di UPM. Terima kasih.

 

Maklumat Terkini untuk makluman kepada semua staf Universiti Putra Malaysia sahaja.

Salah satu peranan penting Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) adalah untuk mendapatkan peluang-peluang staf UPM berkolaborasi bersama industri di dalam dan luar negara menerusi program tersebut:

  • Geran (penyelidikan/pembangunan)
  • Sangkutan staf ke industri
  • Latihan industri
  • Perundingan 
  • Inkubator
  • Pusat Kecemerlangan Industri - ICOE

Salah satu peranan penting Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) adalah untuk mendapatkan peluang-peluang penempatan pelajar UPM dalam industri di dalam dan luar negara menerusi program tersebut: 

  • Latihan industri
  • Latihan sangkutan
  • Mobiliti pelajar (inbound & outbound)
  • Sukalerawan internship

Kerjasama YBhg. Dato'/Datuk/Datu/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi Tinjauan Kepuasan Pelanggan ini tentang perkhidmatan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri. 

 

SXDcSA6~