CEO TALK | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» CEO@FACULTY PROGRAMME » ROLLS-ROYCE » CEO TALK

CEO TALK


3 September 2015 - UPM telah menganjurkan program ini buat julung kalinya pada 3 September 2015. Untuk program ini, UPM telah menjemput Dr. Richard Parker, Group Director of Research & Technology of Rolls-Royce untuk menyampaikan Syarahan Umum bertajuk "Clear Sky, Green Sky" bagi menjayakan CEO Faculty Programme di UPM. 

Syarahan umum ini telah diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan UPM. Seramai 400 orang pelajar baharu program Kejuruteraan UPM bagi Sessi Pengajian 2015/2015 bersama pelajar-pelajar Pasca Siswazah (Master dan PhD) dalam bidang Mekanikal dan Aeroangkasa yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Kejuruteraan UPM telah mengikuti Syarahan Umum ini. 

Tetamu yang telah hadir mengikuti program ini adalah; 

(1) Y.B. Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, 

(2) Her Excellency Ms. Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, 

(3) Mr. Tony Collingridge, Director of Trade & Investment, UKTI KL 

(4) Mr. Philip Meredith, Vice President Account Manager, Defence Aerospace, Rolls-Royce South East Asia, 

(5) Mr. Saji Raghavan, Country Director, Rolls-Royce 

(6) Encik Izdihar Abd. Hapiz, Business Developement Manager, Rolls-Royce, 

(7) Encik Shamsul Kamar Abu Samah, CEO, Aerospace Malaysia Innovation Center (AMIC) 

Selain daripada itu, semua Pegawai Utama UPM serta Dekan-dekan UPM, Timbalan-timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) Universiti-universiti Awam serta Pengarah-pengarah Jaringan Industri Universiti-universiti Awam juga telah dijemput dan turut hadir. 

Pameren beberapa hasil kajian dan rekacipta pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan UPM telah mendapat respond yang positif daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Pesuruhjaya Tinggi British, Dr. Richard Parker serta tetamu daripada industri. Perasmian Musical Water Fountain di Tasik Jurutera iaitu salah satu projek usahasama Fakulti Kejuruteraan UPM dengan pihak industri (AS Engineering Sdn. Bhd) juga telah dilakukan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi. 



LATARBELAKANG CEO

Richard J ParkerCBE, FREng, FRAeS, FIMechE, FinstP 
Group Director of Research & Technology, Rolls-Royce 

Richard Parker telah dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan dan Teknologi, Rolls-Royce pada Januari 2001, yang berpusat di Derby, United Kingdom. Beliau bertanggungjawab ke atas hala tuju dan penyelarasan untuk aktiviti-aktiviti program penyelidikan dan teknologi untuk semua perniagaan Rolls-Royce di seluruh dunia. 

Richard Parker teleh menyertai Rolls-Royce pada tahun 1978, dan telah memegang pelbagai jawatan termasuk Chief of Composites and Ceramics, Chief of Compressor Engineering, Managing Director - Compressor Systems and Director of Engineering & Technology, Civil Aerospace. 

Beliau juga adalah Fellow of the Royal Academy of Engineering, Fellow of the Royal Aeronautical Society, Fellow of the Institute of Physics dan Fellow of the Institution of Mechanical Engineers. 

Beliau telah mendapat BSc dalam bidang Fizik daripada Imperial College, London pada 1975 dan MBA daripada Loughborough University pada 1992. Beliau juga mendapat Doktor Kehormat daripada 5 buah universiti iaitu Pusan National University, Korea; Nanyang Technological University, Singapore; Loughborough University; Sheffield University dan Heriot Watt University, UK. 

Beliau juga merupakan Profesor Pelawat dalam bidang Aerospace and Transport Technology di Loughborough University dan Honorary Professor dalam bidang Materials Engineering di Birmingham University, UK. 





Updated:: 13/10/2016

MEDIA SHARING

SEE ALSO
Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
C1506041456