MESYUARAT PENGURUSAN AIRASIA-UPM | Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
» CEO@FACULTY PROGRAMME » AIRASIA » MESYUARAT PENGURUSAN AIRASIA-UPM

MESYUARAT PENGURUSAN AIRASIA-UPM


19 April 2016 Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT) UPM telah menganjurkan pertemuan diantara Ahli Pengurusan UPM dengan Pengurusan AirAsia Berhad pada 20 Jun 2016 di Pejabat AirAsia, LCCT Sepang. Pertemuan ini diadakan rentetan kejayaan menganjurkan CEO@Faculty Programme pada 19 April 2016 yang lalu.

Ahli Pengurusan UPM yang hadir adalah YBhg. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor; Prof. Datuk Mad Nasir Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Prof. Dato' Dr. Mohamad Shatar Sabran,  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar & Alumni), Prof. Dr.-Ing Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), serta Encik Zulkifli Othman (Bursar). Deligasi UPM turut disertai oleh Prof. Dr. Nor Kamariah Nordin, Pengarah CosComm; Prof. Madya Dr. Azlizam Aziz, Pengarah Pusat Hubungan & Jaringan Industri serta pegawai-pegawai daripada CiRNeT.

Di pihak AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, Group CEO AirAsia; Puan Aireen Omar, CEO AirAsia serta pegawai-pegawai utama mereka turut hadir.

Pelbagai isu telah dibincangkan seperti kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan polisi, sumber manusia dan bidang sukan bagi memberikan impak kepada kedua-dua pihak. Lawatan tersebut diteruskan dengan lawatan ke Akademi AirAsia dimana deligasi UPM telah dipelawa untuk menaiki alat simulasi penerbangan AirAsia yang terkini.

Updated:: 13/10/2016

MEDIA SHARING

Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
C1511547466