CiRNeT dan Jabatan Rekreasi dan Ekoperlancongan, Fakulti Perhutanan UPM telah berkerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Persatuan Malim Gunung Malaysia untuk menganjurkan kursus TM Earth Camp: Nature and Mountain Guide Training pada 21 hingga 24 Februari 2018.
Kursus selama 3 hari ini diadakan untuk peningkatan kemahiran Malim Gunung (Mountain Guide). Seramai 35 peserta dari daerah Hulu Dungun yg merupakan malim untuk Gunung Chemerong-Belumut-Langsir (CBL) telah mengikuti kursus yg dikendalikan oleh moderator dari Fakulti Perhutanan, Persatuan Malim Gunung dan MOSARS (Mountain Search and Rescue Society). Antara kemahiran yg dikongsikan adalah komunikasi konservasi, mountain rescue, recreation ecology, search & rescue, pengurusan pelawat dan pengurusan impak di gunung.
Date of Input: 26/02/2018 | Updated: 26/02/2018 | syam